Acara Sukan > Batu Seremban

 
Peraturan Pertandingan
Jadual & Format Pertandingan
Keputusan Perlawanan
Borang Penyertaan
Album Sukan
  Peraturan Pertandingan

LAIN-LAIN ACARA

Bola Sepak
Golf
Futsal
Lawn Bowl
Bola Jaring
Sepak Takraw
Bola Tampar
Badminton
Ping Pong
Tenpin Boling Lelaki
Tenpin Boling Wanita
Dart
Karom
Congkak
Batu Seremban
Pertandingan Lintas Hormat Kontinjen

1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Batu Seremban Karnival Sukan Tani 2006 bagi merebut Piala Pusingan Pengurus Besar KADA.
2. PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
3. PENYERTAAN
Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006.
4. YURAN PENYERTAAN
Perkara 4 Para 4.1.7 hingga 4.1.10 dalam Peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006 digunapakai.
5. ACARA PERTANDINGAN / SUSUNAN PERTANDINGAN
Acara Berpasukan.
6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
6.1

Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

6.2

Setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih dari 5 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bertanding di sepanjang pertandingan ini.

7. PAKAIAN PERTANDINGAN
Perkara 6 dalam Peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006 digunapakai.
8. SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan adalahseperti di lampiran dan akan dijelaskan pada hari pertandingan

9. MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH

Perkara 8 dalam Peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006 digunapakai.

10. BANTAHAN

Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan hendaklah mematuhi perkara 14 dalam peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006

11. PERATURAN

Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-Undang Tempatan dan Peraturan Am serta Peraturan Pertandingan Karnival Sukan Tani 2006.

12. PERCANGGAHAN

Perkara 19 dalam Peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006 digunapakai.

PERATURAN
PERTANDINGAN

Format Pertandingan


Pertandingan akan dijalankan secara liga satupusingan. Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan 5 orang pemain.

Peraturan Bermain

1. Setiap pemain bermain 3 pusingan.

2. Pada masa mengambil buah-buah itu, pemain tidak boleh menyentuh mana-mana
buah yang berhampiran

3. Pemain hendaklah menyambut buah yang dilambung sebelum buah yang dilambung
jatuh ke lantai.

4. Tiap satu-satu peringkat, semua buah dikumpulkan dan disertakan untuk peringkat
yang lain.

5. Pemain lain akan mengambil gilirannya bermain apabila sesuatu kesilapan / kesalahan
yang telah di lakukan.

6. Sekiranya pemain dapat menghabiskan permainan sehingga buah timbang, pemain
tidak bolehmeneruskan satu tahap permainan lagi.

7. Dalam pusingan lepas itu, seorang pemain menyambung permainannya di peringkat
ia telah melakukan kesalahan.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
BATU SEREMBAN

1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang
yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

2. pemain yang tidak hadir pada masa yang ditetapkan dan setelah masa menunggu
selama 10 minit diberi maka pihak lawan akan diberi kemenangan percuma.

3. Pemain-pemain yang sedang bermain dilarang meninggalkan permainan tanpa izin
pengadil atau Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.

4. Semua perlawana akan diadili oleh pengadil yang dilantik oleh penganjur samada
terdiri daripada kalangan peserta yang tidak bermain mahu pun daripada kalangan
Pegawai / Ahli Jawatankuasa Teknikal Pertandingan.

5. Pihak penganjur berhak meminda jadual dan tarikh kejohanan sekiranya perlu. Notis
pindaan akan diberitahu dari masa ke semasa.

6. Dalam keadaan tertentu, dimanatidak dinyatakan dalam undang-undang kejohanan ini
terdapat sebarang kekeliruan dan masalah, maka keputusa daripada pihak penganjur
adalah dikira muktamad.

7. hadiah-hadiah akan diberi kepada Johan, Naib Johan dan Ketiga.


CARA BERMAIN

Batu Satu - Serakkan buah dilantai, ambil satu dan lambung. sebelum
buah yang dilambung jatuh, pungut satu buah dan terus sambut buahyang dilambung tabi dengan tangan yang sama

BuahDua -Sama seperti buah satu, cuma pungutduabuah setiap kali dilambung.

Buah Tiga -Sama seperti buah satu dan dua, bezanya sekali lambung pungut satu dan lambung kedua pungut tiga

Buah Empat - Sama, cuma pungut keempat - empat buah dengan sekali
lambung.

Buah Lima-Serakkan biasa, ambil 3 buah ditangan kanan dan dua buah
ditangan kiri, lambung satu buah yang ditangan kanan, sambil meletakkan ke lantai buah-buah yang ada dikedua-duatangan
dan segera sambut buah yang dilambung. Sekali lagi lambung dan terus pungut semula buah di lantai dengan kedua-dua tangan
(dua buah ditangan kiri dan dua ditangan kanan) Sambut buah
yang dilambung dan sekali lambung kumpulkan buah ke tangan
kanan.

Buah Sentuh-Seperti buah satu, cuma sentuh sahaja setiap buah dilantai dengan
sekali lambung pungut kesemua buah.

Buah Pungut-Sama, cuma setiap kali lambung, pungut satu buah satu buah dan
masukkan ke tangan kiri hingga habis dan sekali lambung
kumpulkan ke tangan kanan semula.

Buah Tukar- Serakkan buah, ambul satu dan lambung, pungut satu buah. Sekali lagi dilambung sambil menukar buah ditangan dengan satu buah
dilantai. Ulang sekali kesemua buah-buah ditukar. Akhir sekali,
sambil lambung letakkan buah ditangan ke lantai dan sekali
lambung pungut kesemua buah.

Buah Lambung -Sama seperti buah tukar, bezanya kedua-dua biji buah dilambung
dan cepat-cepat tangan kiri menyambut satu buah dan tangan
tangan kanan pungut satu buah di lantai terus sambut buah yang
dilambung kumpulkan ke tangan kanan.

Buah Timbang -Untuk menentukan mata/ point timbang buah ke belakang tapak
tangan sekiranya dapat lima, disambut semula ke tapak tangan
dengan angka lima juga dan mata di kira lima.

CARA MENENTUKAN KEMENANGAN

Kumpulan yang dapat memungut mata yang terbanyak dikira pemenang.

HUKUMAN LARANGAN

Mati

1) Jika pemain tidak dapat menyambut buah yang di lambung.

2) Ketika memungut buah di lantai, tersentuh buah lain.

3) Pada langkah timbang, ketika menyambung semula ke tapak tangan, jumlahnya
tidak sama, tetapi jumlah buah dalam tangan boleh diambilkirasebagai mata, dan
pemain tidak boleh meneruskan satu lagitahap permainan.


















 

   
 
     

 

 

 

 

 

Hakcipta Terpelihara 2006 FAMA.
Paparan terbaik : 800 X 600. Internet Explorer 5 dan keatas.