PERATURAN BERMAIN
1-Format pertandingan adalah secara liga kumpulan.
2-Permainan ini akan diadakan secara berkumpulan yang terdiri dari 2 orang peserta dengan 2 permainan.
3-Setiap satu permainan hanya melibatkan 2 orang peserta sahaja.
4-Setiap pemain mempunyai 7"Kampung"sederet dan sebuah 'Rumah'.
5-"Rumah"tiap-tiap disebelah kiri.
6-Tiap-tiap "Kampung"diisi dengan 7"Buah".
7-Permainan ini hanya akan diadakan sebanyak 2 pusingan sahaja untuk setiap satu permainan,kecuali jika pemain mendapat mata seri maka pusingan ke tiga akn dijalankan untuk menentukan pemenangnya.
8-Untuk mendapat mata kemenangan,kiraan mata daripada kedua-dua pemain.
9-Sekiranya dalam permainan,peserta termasuk buah di dalam rumah yang terbakar secara sengaja atau pun tidak maka buah tersebut akan diberikan secara percuma kepada pihak lawan.
Pusingan Pertama
1- Kedua-dua pemain dikehendaki berjalan serentak bermula dari sebelah kampung mereka.Buah hendaklah dimasukkan pada tiap-tiap kampung sendiri.Seterusnya masukkan ke dalam Rumah sendiri dan melalui Kampung lawan hinggalah salah seorang dari pemain mati (Ia dikira mati apabila Buah terakhir singgah di kampung lawan yang tidak mempunyai Buah)dan seorang sahaja yang masih hidup boleh meneruskan permainan.
2- Jikalau Buah terakhir singgah, bertentangan di mana-mana Kampung yang mempunyai Buah, ia boleh mengambil Buah di dalam Kampung itu untuk meneruskan perjalanannya.
3- Jikalau mati di Kampung sendiri, bertentangan dengan Kampung lawan yang mempunyai Buah dalam Kampung lawan (Jika tiada buah dalam Kampung lawan maka ia mati dalam kerugian), tetapi jika sekiranya pemain belum sempat melalui Kampung lawan dan tiba-tiba mati, ia tidak berhak mengambil buah dalam Kampung lawan.
4- Setiap pemain dikehendaki berusaha menambahkan Buah seberapa banyak ke dalam Rumah masing-masing.
5- Di akhir permainan apabila Buah tinggal beberapa biji sahaja dalam Kampung masing-masing, mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke Rumah masing-masing. Pemain yang masih mempunyai Buah akan diberi 1 mata.