| 1. NAMA
|
|
Pertandingan ini dinamakan
Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat Karnival
Sukan Tani 2006 bagi merebut Piala Pusingan
Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani. |
| 2.
PENGELOLAAN |
|
Pertandingan ini dianjurkan oleh
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA). |
| 3.
PENYERTAAN |
|
Kelayakan penyertaan hendaklah
mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan Am Karnival
Sukan Tani 2006. |
| 4. YURAN
PENYERTAAN |
|
Perkara 4 Para 4.1.7 hingga 4.1.10
dalam Peraturan Am Karnival Sukan Tani 2006
digunapakai. |
| 5. ACARA PERTANDINGAN /
SUSUNAN PERTANDINGAN |
|
Acara Kontinjen. |
| 6. PENDAFTARAN DAN
KELAYAKAN PEMAIN |
| 6.1 |
Semua Kontinjen DIWAJIBKAN mengambil bahagian
bagi memeriahkan dan menghormati tetamu kehormat
yang hadir. Walau bagaimanapun had minima 60
orang peserta dalam satu kontinjen akan
diambilkira untuk melayakan bertanding merebut
Johan, Naib Johan dan Tempat ketiga acara
perbarisan. |
|
6.2 |
Kriteria pemarkahan adalah seperti
berikut:- |
|
Bil
==
1
2
3
4
5
6 |
Kriteria
=====
Disiplin Komposisi (Jumlah
peserta) Keseragaman dan kecantikan
pakaian
Lintas Hormat Kawat / Persembahan
Pembawa Bendera Pembawa
Palekat
======= JUMLAH
======= |
Markah
=====
30
20
20
20
5
5
==
100
=== |
* Nota : Maksud komposisi i)
Penyertaan 80% dari ahli
kontinjen ii) Penyertaan 60- 79% dari
ahli kontinjen iii) Penyertaan 51 - 59%
dari ahli kontinjen iv) Penyertaan 50%
dari ahli kontinjen |
| 6.3 |
Pemarkahan diambilkira dari
permulaan masuk stadium sehingga lafaz perasmian
oleh tetamu kehormat. |
| 6.4 |
Kontinjen dibenar membuat
persembahan, tanpa henti di hadapan pentas
utama. Tiada markah diberi sekiranya kontinjen
‘berhenti’ di hadapan pentas utama dan melakukan
pergerakan/formasi dan sebagainya. Sebaliknya
kontinjen yang berhenti di hadapan pentas utama
sebenarnya telah melanggar Peraturan
Pertandingan Perbarisan Lintas Hormat yang
mengakibatkan terganggunya kelicinan perbarisan
lain-lain kontinjen di belakang. Untuk
mengelakkan perkara ini berlaku, mana-mana
kontinjen yang berbuat demikian akan ditolak 5
markah dari markah keseluruhan kejohanan.
|
| 6.5 |
Setiap kontinjen dibenarkan
menyediakan ringkasan/skrip persembahan
masing-masing dalam atau yang tidak melebihi 100
patah perkataan. Skrip tersebut hendaklah
diserahkan kepada Juruacara Majlis
selewat-lewatnya 1 jam sebelum raptai perbarisan
bermula. |
| 6.6 |
Setiap kontinjen dikehandaki
menyediakan 1 helai bendera organisasi berukuran
3’ X 6’. |
| 6.7 |
Kontinjen yang mendapat markah
tertinggi dikira pemenang. Sekiranya terdapat
jumlah markah yang sama, penentuan pemenang
adalah berdasarkan markah tertinggi yang
diperolehi mengikut susunan kriteria (para
6.2). |
| 6.8 |
Seorang Ketua Hakim dan 6 orang
hakim yang dilantik dari agensi luar berdasarkan
kepakaran masing-masing. Seorang hakim akan
menghakimi satu kriteria yang
disenaraikan. |
| 6.9 |
Keputusan hakim adalah
muktamad. |